Translate

Jumaat, 16 Mei 2014


Sajak Hari Guru

Ceritanya...
Semalam,
Ada mak bapak yang datang meradang,
Menghentak meja, bersuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecik hati tak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Mcm amuk pemain bola dibuang padang.
Ceritanya...
Semalam,
Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tak layak jadi pendidik,
Ijazah yang ada sekadar dikelek,
Masa mengajar dipendek pendek,
Pengalaman yang ada disukat cetek,
Telinga cikgu mendengar jelek.
Ceritanya...
Hari ini,
Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa liat,
Hari-hari lambat, ke mana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa, cikgu tak boleh nak sebat,
Paling tak tulis nama dlm buku lewat.
Ceritanya...
Hari ini,
Ada cikgu mengajar di depan kelas,
Ada murid di belakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk 1 kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas bekas,
Niat di hati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas !
Ceritanya...
Nanti,
Tatkala result keluar,
1 sekolah berdebar-debar,
Mak bapak tak sabar-sabar,
Mesti result anak aku bikin gempar,
Silap-silap masuk surat khabar.
Ceritanya...
Bila result mula diumumkan,
Anak dapat cukup cukup makan,
Anak nangis mintak ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk, cikgu disalahkan,
Konon cikgu tak berkelayakan,
Ilmu yang ada tak cukup padan,
Mak bapak melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dapat keputusan number one.
Ceritanya...
Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tak tahu berterima kasih,
Hati cikgu mana tak sedih,
Tapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih,
Luhur hatinya tetap ditagih.
Ceritanya...
Hari ini,
aku berterima kasih,
Pada guru yg berperit jerih,
Yang tak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,
Cukuplah sekadar terima kasih.
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU2 DI MALAYSIA.. SAYA BANGGA MENJADI GURU!! ..esok hari kita cgu cgi


Alangkah Ruginya Kamu Wahai Murid

Alangkah ruginya orang yang tak nak mendengar kata cikgu.
Alangkah ruginya orang yang tak hormat cikgu.
Rugii….rugii…rugiiii......
Kamu kata kamu sayang cikgu…..
Betul ke kawan-kawan?
Kamu Berlari, bergaduh, buat bising, malas!….
itukah sikap seorang murid yang sayang cikgu?
Kata cikgu….
Jangan lari…jangan lari….tapi kamu masih lari dan lari..
Kata cikgu…
Jangan bising…jangan bising..tapi kamu masih bising..
Kata cikgu…
Buat kerja…buat kerja….tapi kamu masih malas dan main-main..
Hari-hari cikgu tegur, hari-hari cikgu marah, .
tapi perangai masih tidak berubah.
Tak nak dengar kata cikgu
Tak nak hormat cikgu…
Cikgu marah…bukan cikgu benci..
Cikgu sayang kamu wahai kawan-kawanku…
Sebab itu cikgu marah….
Kerana….
cikgu ingin kamu jadi budak yang baik,
Cikgu ingin kamu menjadi seorang yang berjaya….
Untuk kamu….untuk kamuuuuu….bukan untuk cikgu…
Kawan-kawanku
Betapa besar pengorbanan dan jasa seorang guru
Untuk mendidik kamu,
Betapa bertuahnya kamu kerana ada guru.
(sajak)
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Jumaat, 9 Mei 2014

Kord Gitar Lagu Kanak-Kanak - Saya Ada Perut

C                 G
saya ada perut
     F      G      C
perut saya besar
C                    G
kalau tidak besar
G                    C
bukan perut saya

++ lirik 'perut' juga boleh ditukar kepada topi, kepala, bola dan sebagainya

Jumaat, 2 Mei 2014

Kord Gitar Lagu Kanak-Kanak - Selamat Hari Jadi

            G        D
selamat hari jadi
            D        G
selamat hari jadi
            G7         C
selamat hari jadi cikgu
             G   DG
selamat hari jadi

++contoh jek cikgu tu


++ G7 = 1XXX23